Wednesday 26 June 2024

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT): PENGAGIHAN BUKU TEKS BTLK (BUKU TEKS LEBIH KURANG) UNTUK KEGUNAAN 2025 DAERAH DUNGUN

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bertempat di Bilik Operasi SPBT Daerah Dungun ( SK Batu 7 ) diadakan aktiviti PENGAGIHAN BUKU TEKS BTLK (BUKU TEKS LEBIH KURANG) DAERAH DUNGUN UNTUK KEGUNAAN TAHUN 2025. Bermula pada  25 hingga 26 JUN 2024 iaitu pada hari Selasa dan Rabu pada jam  8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Terima kasih kepada Jurulatih Utama SPBT Daerah Dungun yang membantu melancarkan aktviti agihan buku lebih dan kurang. Juga diucapkan terima kasih kepada semua penyelaras SPBT arus perdana sekolah rendah daerah Dungun yang hadir dalam proses agihan tersebut.

Semoga urusan pengagihan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Terima kasih.






Monday 24 June 2024

Taklimat Program Transformasi Daerah: Taklimat Pengurusan DTP Tahun 2024

Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera

Tanggal 24.6.2024 berlangsung satu taklimat penting yang melibatkan DTP kepada Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Bimbingan dan Kaunseling serta Penyelaras Sekolah-sekolah DTP Daerah Dungun bagi tahun 2024 pada jam 2.30 - 4.30 ptg bertempat di Bilik Mesyuarat Bidara.

Berikut adalah senarai sekolah-sekolah yang terlibat dengan DTP pada tahun 2024 iaitu :

1. SMK Seri Rasau

2. SMK Dato' Engku Bijaya Sura

3. SMK Seri Dungun

4. SMK Kuala Jengal

5. SMK Pulau Serai

6. SMK Padang Pulut

7. SMK Jerangau

8. SMK Balai Besar

9. SMK Bukit Besi

Semoga dengan perkongsian oleh Sektor Perancangan dapat melancarkan lagi tugasan pelaksana DTP di sekolah-sekolah.

Terima kasih kepada yang hadir






#773

Saturday 2 October 2021

PROGRAM KEJORA : KEPIMPINAN HEBAT : ANAK JUARA

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Bertarikh 2 Oktober 2021 , Sektor Pembelajaran PPD Dungun, bersama warga sekolah dan PIBG , SK Seberang Dungun telah mengadakan satu program untuk ibu bapa pelajar dari SK Seberang Dungun di Dewan Sivik Seberang Pintasan dari jam 2.00 hingga 5.00 petang.

Program tersebut dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Tn Hj Kasman bin Embong. Slot motivasi yang sangat bermakna disampaikan oleh Kaunselor Pendidikan Daerah PPD Dungun, Cg Wan Mohd Annuar bin Wan Musa bersama-sama dengan beberapa orang pegawai PPD yang lain.

Sesungguhnya program ini dikira amat berjaya dan kami di PPD mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar SK Seberang Dungun iaitu Cg Roslan bin Sulaiman dan juga YDP PIBG SK Seberang Dungun iaitu En Mohd Nor bin Mat Rani serta kepada ibu bapa yang ada. Tidak lupa juga kepada semua pegawai dari PPD Dungun yang terlibat.

Terima kasih banyak-banyak.











Sunday 26 September 2021

PROGRAM HARI INI - 26 SEPTEMBER 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini 26 September 2021 ( Ahad ) , admin berkesempatan menghadiri 2 program iaitu :

1. Taklimat Pelarasan Task Force PPD Dungun Bil 1/2021 di Bilik Mesyuarat Bidara yang dipengerusikan oleh Tuan Timbalan PPD Sektor Pembelajaran.

2. Pemantauan Vaksinasi PPV SMK Durian Mas bersama En Wan Mohd Annuar bin Wan Musa dan En Wan Abdul Jabbar bin Wan Salleh ( PPD Dungun )

Terima kasih








Thursday 23 September 2021

TAKLIMAT DAN MESYUARAT HARI INI

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

SENARAI TAKLIMAT YAG DIHADIRI HARI INI 

23 SEPTEMBER 2021

8.00 - 8.30 pagi

Taklimat Pagi bersama Warga PPD Dungun ( GM )

8.30 - 9.30 pagi
Taklimat AJK Vaksinasi PPD Dungun ( GM )

11.00 -1.00 tgh
Taklimat Pembukaan Sekolah ( GM )

12.30 - 2.00 ptg

Taklimat Vaksinasi PPD bersama GPK HEM Sekolah Menengah Daerah Dungun (GM )


3.00 - 4.00 ptg
Taklimat Vaksinasi Pelajar Tingkatan 1 hingga 3 Bersama JPNT dan PPD Negeri Terengganu 

( GM )

Admin menghadiri 5 Taklimat pada hari ini....



PENYERAHAN SUMBANGAN INSENTIF PERSARAAN BAKEP ( IPB ) - SEPTEMBER 2021

Assalamulaikum dan salam sejahtera

RABU

22 SEPTEMBER 2021 ( 4.38 PETANG ) 

Penyerahan Cek Insentif Persaraan Bakep ( IPB ) kepada ahli-ahli BAKEP yang bersara oleh Ust Alias bin Sulaiman, Timbalan PPD Dungun, Sektor Pembangunan Murid di perkarangan PPD Dungun petang tadi. Ahli Bakep tersebut ialah :

1. Cg Nafisah binti Hussin ( No Ahli 2335 – SK Balai Besar )

2. Cg  Radziah binti Ismail ( No Ahli 2682 – SK Balai Besar )

Terima kasih






Tuesday 21 September 2021

PROGRAM VAKSINASI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAERAH DUNGUN TAHUN 2021

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada minggu dan sehingga hujung bulan September, berlangsungnya program vaksinasi pelajar sekolah menengah daerah Dungun bermula 21 September 2021 sehingga selesai program ini. 

PPD Dungun menetapkan 10 pusat PPV untuk program di atas dan pada minggu ini PPV yang terlibat ialah di SMK Pulau Serai, SMK Seri Dungun, Kolej Vokasional Dungun dan SMK Paka.

Minggu depan akan bergerak ke lokasi lain pula. Kami sebagai urusetia program ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah dan ibu bapa yang memberi kerjasama di atas program ini.

Semoga anak-anak pelajar kita dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan yang baik..

Terima kasih.