Wednesday 8 November 2017

MESYUARAT INDUK HEM BIL 2/2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur Alhamdulillah, Unit HEM PPD Dungun telah berjaya mengadakan Mesyuarat Induk Hem  Kali ke 2 bagi sesi 2017 dengan jayanya pada 8 November 2017 ( 2.30 petang ) di Bilik Bidara, PPD Dungun. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Ketua Unit UPPK, semua ketua unit di PPD, semua ahli di dalam unit UPPK, wakil MPSM, wakil MGB, wakil Pemuafakatan GPK HEM Rendah dan juga menengah.

Antara agenda yang dibincangkan ialah :
1. Ucapan Pengerusi
2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3. Maklumbalas Balas
4. Laporan KU UPPK
5. Laporan Penyelia Kanan HEM
6. Laporan Penyelia HEM
7. Laporan Pegawai PPDa
8. Hal-hal lain
9. Penutup

Semoga apa yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut memberi manafaat kepada semua warga sekolah dan juga PPD Dungun untuk lebih maju lagi dan mencapai visi dan misi DUNGUN CEMERLANG.

Wassalam.......

Wednesday 1 November 2017

BORANG BAKEP TERBARU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dimaklumkan bahawa JPNT menyediakan borang BAKEP baru untuk ahli baru dan juga Ahli Seumur Hidup bagi Tahun 2018. Tuan-puan diminta memuattrun melalui blog ini dan pihak sekolah perlu memperbanyakkan borang di sekolah.

BORANG AHLI BARU BAKEP
BORANG AHLI SEUMUR HIDUP

Semoga dalam makluman tuan puan..

Daripada
Penyelia Kanan HEM
PPD Dungun....

Thursday 6 April 2017

SPK KWAPM BIL 2/2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera

SPK KWAPM Bil 2/2017 telah diemel ke semua sekolah pada Februari 2017 dan kepada semua GPK HEM boleh DOWNLOAD di sini untuk mendapatkan SPK tersebut.

Sekian, terima kasih 

Saturday 14 January 2017

BORANG MAKLUMAT BAKEP 2017

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Up : GPK HEM Sekolah Rendah Dan Menengah Daerah Dungun

Bersama-sama ini dilampirkan BORANG MAKLUMAT BAKEP BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH DUNGUN 2017 untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Sila klik
BORANG MAKLUMAT dan emel semula kepada Penyelia Kanan HEM PPD Dungun pada atau sebelum 19 Januari 2017.

Sekian, terima kasih.