Wednesday 28 November 2018

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME PPD DUNGUN 2018

Assaalamualaikum dan salam sejahtera

PEMURNIAAN PELAN STRATEGIK
2019-2023 DI DE RU BEACH RESORT KUANTAN PADA 27-29 NOVEMBER 2018


Semua pegawai dan AKP serta kakitangan PPD Dungun berada di De Ru Beach Resort selama 3 hari 2 malam untuk bengkel Pemurniaan Pelan Strategik PPD Dungun 2019 - 2023. Seramai lebih dari 40 orang pegawai dan kakitangan hadir dan memberi kerjasama yang jitu terhadap program ini.


Ucapan perasmian disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Muie bin Ngah, Pegawai Pendidikan Daerah Dungun. Turut hadir adalah Tuan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Tuan Haji Abdul Mubin bin Ismail.

Semoga bengkel ini memberi impak kepada kami di PPD Dungun khasnya dan sekolah-sekolah Daerah Dungun amnya.


Terima kasih...










Thursday 26 July 2018

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN TERAS SPM PELAJAR YATIM DAERAH DUNGUN 2018



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 25 hingga 26 Julai 2018, pihak Perkaya Dungun dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Dungun dan UiTM Terengganu Kampus Dungun telah mengadakan Program Teknik Menjawab Soalan Teras SPM Pelajar Yatim Daerah Dungun 2018.

Program ini melibatkan 125 orang pelajar yatim bapa dan juga yatim piatu dari 22 buah sekolah menengah, 5 orang Guru Kaunselor Sekolah Menengah dan 10 orang fasilitator mata pelajaran. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi untuk sesi pendaftaran dan berakhir pada 26 Jun 2018 ( Khamis ). 

Perasmian penutup pula disempurnakan oleh  Oleh En Mohd Tahar bin Sali, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPNT tengahari tadi di Dewan Cemara.Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Terima kasih juga kepada Tuan Rektor UiTM Cawangan Terengganu, urusetia dari UiTM Dungun dan juga Guru-guru Penolong Kanan HEM Sekolah Menengah Daerah Dungun yang terlibat dan juga guru-guru pengiring. Terima kasih juga kepada pegawai-pegawai dari PPD Dungun yang hadir sepanjang program ini diadakan.

Semoga program ini memberi impak kepada para pelajar yatim yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Sama-sama kita berdoa agar kejayaan akan mengiringi mereka nanti..

Terima kasih.
 















Monday 7 May 2018

AUDIT BIMBINGAN MS ISO 9001 : 2015 ( PPD DUNGUN )

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 7 dan 8 Mei 2018, Pejabat Pendidikan Daerah Dungun mengadakan Bengkel Audit Dalaman MS ISO 9001 : 2015 bertempat di Bilik Kuliah Utama Pusat Latihan Kerteh 2 & 3, Paka. Sejumlah 12 item atau perkara yang dibimbing oleh JuruAudit daripada PPD Dungun di dalam bengkel tersebut.

Semoga bengkel audit dalaman tersebut sedikit sebanyak membantu pegawai dan penyelia terlibat dapat mempersiapkan bahan masing-masing pada Audit sebenar nanti pada 21 hingga 24 Mei 2018.

Terima kasih.

Thursday 25 January 2018

TAKLIMAT PENGURUSAN GURU PENOLONG KANAN HEM SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAERAH DUNGUN BIL 1/2018

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, pada 22 Januari 2018 ( Isnin ) , Unit Pengurusan  Pembangunan Kemanusiaan PPD Dungun telah berjaya mengadakan satu taklimat yang melibatkan semua GPK Hem Rendah dan Menengah Daerah Dungun. Kehadiran adalah 100%. Tahniah kepada semua GPK Hem yang hadir serta wakil.

Antara agenda taklimat tersebut adalah :
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Timbalan PPD Dungun
3. Slot Ombak Murni Holdings Sdn Bhd
4. Slot SSPNi - Cawangan Dungun
5. Slot Pen. PPD Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
6. Slot Pen PPD Gen- T ( PPDa )
7. Slot Penyelia Kanan Hem
8. Penyampaian Sumbangan Zakat Ombak Murni Holding kepada pelajar-pelajar sekolah daerah Dungun
10. Hal-hal lain
11. Penutup
12. Jamuan

Sesungguhnya, taklimat tersebut dianggap berjaya. Terima kasih kepada anda semua yang terlibat.