Thursday 26 July 2018

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN TERAS SPM PELAJAR YATIM DAERAH DUNGUN 2018



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 25 hingga 26 Julai 2018, pihak Perkaya Dungun dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Dungun dan UiTM Terengganu Kampus Dungun telah mengadakan Program Teknik Menjawab Soalan Teras SPM Pelajar Yatim Daerah Dungun 2018.

Program ini melibatkan 125 orang pelajar yatim bapa dan juga yatim piatu dari 22 buah sekolah menengah, 5 orang Guru Kaunselor Sekolah Menengah dan 10 orang fasilitator mata pelajaran. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi untuk sesi pendaftaran dan berakhir pada 26 Jun 2018 ( Khamis ). 

Perasmian penutup pula disempurnakan oleh  Oleh En Mohd Tahar bin Sali, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPNT tengahari tadi di Dewan Cemara.Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Terima kasih juga kepada Tuan Rektor UiTM Cawangan Terengganu, urusetia dari UiTM Dungun dan juga Guru-guru Penolong Kanan HEM Sekolah Menengah Daerah Dungun yang terlibat dan juga guru-guru pengiring. Terima kasih juga kepada pegawai-pegawai dari PPD Dungun yang hadir sepanjang program ini diadakan.

Semoga program ini memberi impak kepada para pelajar yatim yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Sama-sama kita berdoa agar kejayaan akan mengiringi mereka nanti..

Terima kasih.