Thursday 7 November 2019

BULAN BUKA TENDER KANTIN SEKOLAH 2020-2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bermula 3 November 2019, proses BUKA TENDER KANTIN 2020-2021 telah pun dijalankan di beberapa sekolah rendah dan menengah. Diharap sekolah yang terlibat bersedia untuk proses ini. Buka Tender Kantin ini dijangka berakhir pada 14 November 2019.

Kepada sekolah yang telah selesai, tahniah diucapkan dan semua dokumen yang diperlukan, mesti dihantar ke PPD pada masa ynag ditetapkan dan haruslah mengikut Prosedur Operasi Standard ( SOP ) yang telah ditetapkan.

Semoga proses BUKA TENDER KANTIN SEKOLAH di daerah kita dapat berjalan dengan lancar dan baik. Semua keputusan perlu dirahsiakan dan akan DIWARTAKAN pada 1 Disember 2019.

Sekian, terima kasih...

Wednesday 7 August 2019

SEMINAR INTEGRITI : KAEDAH SIASATAN DAN TINDAKAN TATATERTIB

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Bertarikh 6 Ogos 2019 ( Selasa ), Pejabat Pendidikan Daerah Dungun di bawah Unit Latihan bersama-sama dengan Unit Pengesanan dan Pengesahan KPM telah berjaya mengadakan satu seminar bertempat di Dewan Besar, Pusat Latihan Kerteh, Dungun yang melibatkan semua pegawai dan penyelia PPD Dungun, semua guru besar dan pengetua sekolah-sekolah daerah Dungun.

Seminar yang dinamakan sebagai Seminar Integriti : Kaedah Siasatan & Tindakan Tatatertib yang julung-julung kali ini melibatkan hampir 140 orang peserta. Slot di dalam seminar tersebut melibatkan dua slot iaitu :

Slot 1 : Kaedah Siasatan
Penceramah : Encik Mustapa bin Daud ( Penolong Pengarah Kanan, Sub Unit Pengesanan dan Pengesahan dari KPM, Putrajaya )

Slot 2 : Tindakan Tatatertib
Penceramah : Encik Muhammad Arif Aizudin bin Abdullah ( Penolong Pengarah, Sub Unit Pengesanan dan Pengesahan dari KPM, Putrajaya )

Dengan adanya seminar seumpama ini, sedikit sebanyak memberi ilmu dan impak yang terbaik kepada pihak pengurusan sama ada di peringkat PPD Dungun mahu pun sekolah.

Syabas dan tahniah kepada semua yang hadir..

#dC






Tuesday 30 July 2019

PROGRAM JARINGAN GURU KAUNSELOR DAERAH DUNGUN KE KUALA LUMPUR DAN CYBER JAYA

Assalamualaikum dan salam  sejahtera

Bertarikh 23-25 Julai 2019, Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Dungun telah mengadakan lawatan penandaaras ke beberapa tempat pengajian di luar Terengganu. Antara lokasi tersebut ialah SMK Puchong Perdana, UNIKL di Kuala Lumpur dan MDEC di Cyberjaya.

Peserta lawatan seramai 33 orang termasuk admin menyertai lawatan tersebut dan banyak input yang diperolehi dari ketiga-tiga tempat yang dilawati untuk penambahbaikan pendidikan di daerah Dungun, khususnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan kaunseling di sekolah masing-masing.

Sesungguhnya lawatan muhibbah seperti ini adalah sangat berjaya dan jika ada peluang kami cuba mendapatkan maklumat dari institusi lain pula yang ada di seluruh negara.  Di sini admin berkongsi kenangan di sana dengan pembaca blog ini.

Terima kasih

Daripada admin.. Cikgu Sabudin...

#dc









Saturday 25 May 2019

SESI FOTOGRAFI KENANGAN SEMPENA HARI RAYA PPD DUNGUN 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertarikh 26 Mei 2019 ( Ahad ) satu sesi fotografi melibatkan warga PPD Dungun sempena persiapan ketibaan Hari Raya peringkat PPD.

Program fotografi ini adalah rutin tahunan sebelum ketibaan Hari Raya setiap tahun. Semoga ukhwah yang terjalin di kalangan warga PPD Dungun akan berterusan sehingga hari-hari mendatang.

UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA.....











Thursday 16 May 2019

MAJLIS SUMBANGAN IHYA RAMADHAN YaPEIM KEPADA MURID-MURID DAERAH DUNGUN

Assalamualaikum dan selamat malam..

Alhamdulillah, dari 15 hingga 16 Mei 2019, berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Ihya Ramadhan daripada YaPEIM kepada 100 murid sekolah terlibat di sekolah masing-masing.

Sekolah- sekolah yang terlibat dengan program ini ialah :

1. SK Batu 48
2. SK Felda Kerteh 1
3. SK Pasir Raja
4. SMK Pulau Serai
5. SMK Seri Dungun

Pihak pengurusan PPD Dungun mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak YaPEIM terutama Pn Kartina yang tidak jemu-jemu memberi sumbangan kepada murid-murid di daerah Dungun. Terima kasih juga diucapkan kepada GPK HEM sekolah terlibat dan pengurusan sekolah serta murid-murid terlibat.

Semoga YaPEIM terus maju dan berjaya pada masa-masa akan datang..

Aaminnnn....








Wednesday 20 February 2019

MESYUARAT BIRO PERKAYA BIL 1/2019

Assalamualaikum wbt

Tanggal 20 Februari 2019, admin dan Ahli Jawatankuasa Biro Perkaya Daerah Dungun  bersama dalam mesyuarat BIRO PERKAYA KALI 1/2019 bertempat di Asrama Perkaya Kampung Dendang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Perkaya Daerah Dungun, Tuan Haji Dait bin Mohamad.

Semoga mesyuarat yang diadakan pagi tadi memberi manafaat kepada pelajar yatim Asrama Perkaya Dendang dan pelajar Yatim seluruh Daerah Dungun.

Sekian, terima kasih.










Tuesday 19 February 2019

MESYUARAT PENGURUSAN HEM PPD DUNGUN BIL 1/2019

Assalamualaikum dan selamat petang.

                  Tarikh              : 19 Februari 2019  ( Selasa )
                  Masa               : 10.00 pagi hingga 1.00 petang
                  Tempat            : Bilik Mesyuarat Bidara Pejabat Pendidikan Daerah Dungun
                  Pengerusi        : Tuan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun 

Mesyuarat dihadiri oleh pengurusan PPD Dungun dan wakil pengurusan sekolah. Semoga apa yang dibincangkan dapat memberi impak kepada kemenjadian pelajar di sekolah dan di Daerah Dungun..

Terima kasih

#dc







Monday 18 February 2019

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT DAERAH DUNGUN 2019

Assalamualaikum dan selamat petang

Pada hari ini, Isnin ( 18 Februari 2019 ), bertempat di Dewan SMK Paka, terlakar satu sejarah di mana perasmian Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah Peringkat Daerah Dungun 2019. Perasmian disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Cikgu Salim bin Ab. Ghani.

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program koloboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salahlaku murid.

Penglibatan pihak polis di dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah ( PPS ) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi Daerah Dungun, pelancaran peringkat sekolah di semua 71 sekolah yang lain diadakan serentak di peringkat sekolah.

Sekian......