Wednesday 20 February 2019

MESYUARAT BIRO PERKAYA BIL 1/2019

Assalamualaikum wbt

Tanggal 20 Februari 2019, admin dan Ahli Jawatankuasa Biro Perkaya Daerah Dungun  bersama dalam mesyuarat BIRO PERKAYA KALI 1/2019 bertempat di Asrama Perkaya Kampung Dendang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Perkaya Daerah Dungun, Tuan Haji Dait bin Mohamad.

Semoga mesyuarat yang diadakan pagi tadi memberi manafaat kepada pelajar yatim Asrama Perkaya Dendang dan pelajar Yatim seluruh Daerah Dungun.

Sekian, terima kasih.










Tuesday 19 February 2019

MESYUARAT PENGURUSAN HEM PPD DUNGUN BIL 1/2019

Assalamualaikum dan selamat petang.

                  Tarikh              : 19 Februari 2019  ( Selasa )
                  Masa               : 10.00 pagi hingga 1.00 petang
                  Tempat            : Bilik Mesyuarat Bidara Pejabat Pendidikan Daerah Dungun
                  Pengerusi        : Tuan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun 

Mesyuarat dihadiri oleh pengurusan PPD Dungun dan wakil pengurusan sekolah. Semoga apa yang dibincangkan dapat memberi impak kepada kemenjadian pelajar di sekolah dan di Daerah Dungun..

Terima kasih

#dc







Monday 18 February 2019

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT DAERAH DUNGUN 2019

Assalamualaikum dan selamat petang

Pada hari ini, Isnin ( 18 Februari 2019 ), bertempat di Dewan SMK Paka, terlakar satu sejarah di mana perasmian Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah Peringkat Daerah Dungun 2019. Perasmian disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Cikgu Salim bin Ab. Ghani.

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program koloboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salahlaku murid.

Penglibatan pihak polis di dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah ( PPS ) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi Daerah Dungun, pelancaran peringkat sekolah di semua 71 sekolah yang lain diadakan serentak di peringkat sekolah.

Sekian......









Saturday 16 February 2019

DIALOG PRESTASI MGB DAERAH DUNGUN BIL 1/2019

Assalamualaikum dan selamat tengahari

PERISTIWA PENTING HARI INI

17 Februari 2019 Masihi
12 Jamadilakhir 1440 Hijrah

Dialog Prestasi PPD Dungun Bil. 1/2019 bertempat di Dewan Seminar Chemerong, PPD Dungun. Kejelekitan dan kebersamaan Peneraju utama Sekolah-sekolah Daerah Dungun bersama-sama para pegawai PPD Dungun dalam sesi perkongsian ilmu secara profesional demi memperkasa pendidikan negara ke peringkat global.

Terima kasih 










Friday 15 February 2019

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT DAERAH DUNGUN 2019

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Selamat beristirehat di hujung minggu..Untuk makluman semua pegawai dan penyelia ( 1P1S ) PPD Dungun , tuan puan dijemput ke program ini..Lihat surat di bawah.


MEMO PROGRAM



Terima kasih banyak2...




PENYAKIT BERPUNCA DARI ROKOK

Assalamualaikum dan selamat petang

Sebagai perkongsian terutama pelajar dan warga pendidik.


Kira-kira 20,000 rakyat Malaysia yang mati setiap tahun disebabkan penyakit berkaitan secara langsung dengan tabiat merokok.


Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya seperti kanser. Kepada perokok tegar ataupun mereka yang teringin hendak meletakkan sebatang rokok di bibir buat kali pertamanya, fikir-fikirkanlah semula.

copy paste 

#kkmterbaik
#kamisediamembantu






Wednesday 13 February 2019

Assalamualaikum

Penyerahan pendahuluan sumbangan khairat kematian bakep arwah Che Daribah binti Che Ambak pesara dari Sk Kuala Abang pada jam 9.15 malam ( 13 Februari 2019 )
 ( No ahli 3038 ) kepada kakak arwah di Kg Tanah Lot, Dungun oleh Pen.Ppd Kemanusiaan, Tn Hj Ramli bin Jusoh..

Alfatihah..