Wednesday 21 October 2020

TAKLIMAT BANTUAN SUMBANGAN YAYASAN TERENGGANU KEPADA PELAJAR TINGKATAN 6 ( SEMESTER 3 ) NEGERI TERENGGANU TAHUN 2020

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 19 Oktober 2020, bertempat di Bilik Mesyuarat Anjung Ilmu, JPNT diadakan taklimat  bantuan Yayasan Terengganu kepada pelajar Tingkatan 6 ( Semester 3 ) . Taklimat bermula pada jam 8.30 pagi yang dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid JPNT, Encik Mohd Tahar bin Sali dan dihadiri oleh pegawai HEM dan pegawai Tingkatan 6 bagi lapan daerah di negeri Terengganu.

Taklimat tersebut amat bermakna bagi kami selaku pegawai yang bertanggungjawab di daerah dan harapan kami agar agihan sumbangan ini dapat dijalankan dengan mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa sekarang.

Harapan PPD dan JPNT untuk pelajar Tingkatan 6 ( Semester 3 ) , gunakan wang sumbangan ini dengan sebaik mungkin dalam pendidikan.

Wassalam..


Add caption





Wednesday 26 February 2020

TAKLIMAT MAPPEM GEN-T TAHUN 2020 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

27 Februari 2020
Khamis

Pada hari ini berlangsungnya TAKLIMAT MAPPEM GEN-T TAHUN 2020 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU di BTPN, MARANG, TERENGGANU
melibatkan GPK HEM Daerah Marang, Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Kehadiran dari JPNT dan Pen PPD Hem seluruh negeri Terengganu

Semoga bermanafaat..