Saturday 2 October 2021

PROGRAM KEJORA : KEPIMPINAN HEBAT : ANAK JUARA

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Bertarikh 2 Oktober 2021 , Sektor Pembelajaran PPD Dungun, bersama warga sekolah dan PIBG , SK Seberang Dungun telah mengadakan satu program untuk ibu bapa pelajar dari SK Seberang Dungun di Dewan Sivik Seberang Pintasan dari jam 2.00 hingga 5.00 petang.

Program tersebut dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Tn Hj Kasman bin Embong. Slot motivasi yang sangat bermakna disampaikan oleh Kaunselor Pendidikan Daerah PPD Dungun, Cg Wan Mohd Annuar bin Wan Musa bersama-sama dengan beberapa orang pegawai PPD yang lain.

Sesungguhnya program ini dikira amat berjaya dan kami di PPD mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar SK Seberang Dungun iaitu Cg Roslan bin Sulaiman dan juga YDP PIBG SK Seberang Dungun iaitu En Mohd Nor bin Mat Rani serta kepada ibu bapa yang ada. Tidak lupa juga kepada semua pegawai dari PPD Dungun yang terlibat.

Terima kasih banyak-banyak.











Sunday 26 September 2021

PROGRAM HARI INI - 26 SEPTEMBER 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini 26 September 2021 ( Ahad ) , admin berkesempatan menghadiri 2 program iaitu :

1. Taklimat Pelarasan Task Force PPD Dungun Bil 1/2021 di Bilik Mesyuarat Bidara yang dipengerusikan oleh Tuan Timbalan PPD Sektor Pembelajaran.

2. Pemantauan Vaksinasi PPV SMK Durian Mas bersama En Wan Mohd Annuar bin Wan Musa dan En Wan Abdul Jabbar bin Wan Salleh ( PPD Dungun )

Terima kasih








Thursday 23 September 2021

TAKLIMAT DAN MESYUARAT HARI INI

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

SENARAI TAKLIMAT YAG DIHADIRI HARI INI 

23 SEPTEMBER 2021

8.00 - 8.30 pagi

Taklimat Pagi bersama Warga PPD Dungun ( GM )

8.30 - 9.30 pagi
Taklimat AJK Vaksinasi PPD Dungun ( GM )

11.00 -1.00 tgh
Taklimat Pembukaan Sekolah ( GM )

12.30 - 2.00 ptg

Taklimat Vaksinasi PPD bersama GPK HEM Sekolah Menengah Daerah Dungun (GM )


3.00 - 4.00 ptg
Taklimat Vaksinasi Pelajar Tingkatan 1 hingga 3 Bersama JPNT dan PPD Negeri Terengganu 

( GM )

Admin menghadiri 5 Taklimat pada hari ini....



PENYERAHAN SUMBANGAN INSENTIF PERSARAAN BAKEP ( IPB ) - SEPTEMBER 2021

Assalamulaikum dan salam sejahtera

RABU

22 SEPTEMBER 2021 ( 4.38 PETANG ) 

Penyerahan Cek Insentif Persaraan Bakep ( IPB ) kepada ahli-ahli BAKEP yang bersara oleh Ust Alias bin Sulaiman, Timbalan PPD Dungun, Sektor Pembangunan Murid di perkarangan PPD Dungun petang tadi. Ahli Bakep tersebut ialah :

1. Cg Nafisah binti Hussin ( No Ahli 2335 – SK Balai Besar )

2. Cg  Radziah binti Ismail ( No Ahli 2682 – SK Balai Besar )

Terima kasih






Tuesday 21 September 2021

PROGRAM VAKSINASI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAERAH DUNGUN TAHUN 2021

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada minggu dan sehingga hujung bulan September, berlangsungnya program vaksinasi pelajar sekolah menengah daerah Dungun bermula 21 September 2021 sehingga selesai program ini. 

PPD Dungun menetapkan 10 pusat PPV untuk program di atas dan pada minggu ini PPV yang terlibat ialah di SMK Pulau Serai, SMK Seri Dungun, Kolej Vokasional Dungun dan SMK Paka.

Minggu depan akan bergerak ke lokasi lain pula. Kami sebagai urusetia program ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah dan ibu bapa yang memberi kerjasama di atas program ini.

Semoga anak-anak pelajar kita dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan yang baik..

Terima kasih.






PENARAFAN KECEMERLANGAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN ( PKPPD 2021 ) BAGI TAHUN 2020

 Assalamualaikum dn salam sejahtera.

Bertarikh 20 hingga 21 September 2021, berlangsung PKPPD bagi PPD Dungun. Program ini adalah program bagi PPD seluruh negara. Kami warga PPD Dungun mengucapkan ribuan terima kasih kepada Verifikator yang terdiri daripada :

1. Encik Mohd Hafifi bin Abd Hafidz ( PPD Batang Padang ) - Ketua Verifikator

2. Encik Mohammad bin Ismail ( PPD Kubang Pasu )

3. Cik Nur Hairunisa binti Jasni ( PPD Lundu, Sarawak )


MESYUARAT PEMBUKAAN PKPPD PPD DUNGUN 2020 

Tarikh:  20 September 2021 (Isnin)

Masa. : 9.00 pagi

Tempat: Lokasi Masing-masing

Kaedah: Secara Dalam Talian (google meet) 

 

MESYUARAT PENUTUP PKPPD PPD DUNGUN 2020

 

Tarikh:  21 September 2021 (Selasa )

Masa. : 4.30 petang

Tempat: Lokasi Masing-masing

Kaedah: Secara Dalam Talian (google meet)

 

Program PKPPD berakhir pada jam 5.30 petang…
Terima kasih semua yang terlibat.








    

Saturday 20 March 2021

PROGRAM SUMBANGAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH DAERAH DUNGUN YANG TERKESAN AKIBAT BANJIR TAHUN 2020

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 16 dan 25 Mac 2021, selama dua hari, pihak YaPEIM Negeri Terengganu dengan kerjasama pihak Pejabat Pendidikan Daerah Dungun bersama-sama dalam program iaitu Program Sumbangan YaPEIM Kepada Pelajar Sekolah Daerah Dungun yang terlibat dengan banjir pada tahun 2020.

Dimaklumkan bahawa sumbangan tersebut adalah hasil dari simpanan potongan gaji kakitangan awam termasuk guru-guru seluruh negara. Sumbangan tersebut dikumpulkan sebagai Tabung Amanah bagi tujuan kebajikan seumpama ini.

Di antara sekolah-sekolah yang menerima sumbangan tersebut pada kali ini ialah SK Pasir Raja, SK Kampung Shukor, SK Jongok Batu, SK Kuala Jengal, SK Minda Talong dan SK Tepus.

Pihak PPD Dungun dan juga warga sekolah yang berkenaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak YaPEIM terutama kepada Puan Kartina yang banyak membantu sekolah-sekolah di negeri Terengganu pada umumnya dan kepada daerah Dungun khususnya...

Terima kasih...