Saturday 20 March 2021

PROGRAM SUMBANGAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH DAERAH DUNGUN YANG TERKESAN AKIBAT BANJIR TAHUN 2020

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 16 dan 25 Mac 2021, selama dua hari, pihak YaPEIM Negeri Terengganu dengan kerjasama pihak Pejabat Pendidikan Daerah Dungun bersama-sama dalam program iaitu Program Sumbangan YaPEIM Kepada Pelajar Sekolah Daerah Dungun yang terlibat dengan banjir pada tahun 2020.

Dimaklumkan bahawa sumbangan tersebut adalah hasil dari simpanan potongan gaji kakitangan awam termasuk guru-guru seluruh negara. Sumbangan tersebut dikumpulkan sebagai Tabung Amanah bagi tujuan kebajikan seumpama ini.

Di antara sekolah-sekolah yang menerima sumbangan tersebut pada kali ini ialah SK Pasir Raja, SK Kampung Shukor, SK Jongok Batu, SK Kuala Jengal, SK Minda Talong dan SK Tepus.

Pihak PPD Dungun dan juga warga sekolah yang berkenaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak YaPEIM terutama kepada Puan Kartina yang banyak membantu sekolah-sekolah di negeri Terengganu pada umumnya dan kepada daerah Dungun khususnya...

Terima kasih...