Saturday 2 October 2021

PROGRAM KEJORA : KEPIMPINAN HEBAT : ANAK JUARA

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Bertarikh 2 Oktober 2021 , Sektor Pembelajaran PPD Dungun, bersama warga sekolah dan PIBG , SK Seberang Dungun telah mengadakan satu program untuk ibu bapa pelajar dari SK Seberang Dungun di Dewan Sivik Seberang Pintasan dari jam 2.00 hingga 5.00 petang.

Program tersebut dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Tn Hj Kasman bin Embong. Slot motivasi yang sangat bermakna disampaikan oleh Kaunselor Pendidikan Daerah PPD Dungun, Cg Wan Mohd Annuar bin Wan Musa bersama-sama dengan beberapa orang pegawai PPD yang lain.

Sesungguhnya program ini dikira amat berjaya dan kami di PPD mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar SK Seberang Dungun iaitu Cg Roslan bin Sulaiman dan juga YDP PIBG SK Seberang Dungun iaitu En Mohd Nor bin Mat Rani serta kepada ibu bapa yang ada. Tidak lupa juga kepada semua pegawai dari PPD Dungun yang terlibat.

Terima kasih banyak-banyak.