Wednesday 26 June 2024

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT): PENGAGIHAN BUKU TEKS BTLK (BUKU TEKS LEBIH KURANG) UNTUK KEGUNAAN 2025 DAERAH DUNGUN

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bertempat di Bilik Operasi SPBT Daerah Dungun ( SK Batu 7 ) diadakan aktiviti PENGAGIHAN BUKU TEKS BTLK (BUKU TEKS LEBIH KURANG) DAERAH DUNGUN UNTUK KEGUNAAN TAHUN 2025. Bermula pada  25 hingga 26 JUN 2024 iaitu pada hari Selasa dan Rabu pada jam  8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Terima kasih kepada Jurulatih Utama SPBT Daerah Dungun yang membantu melancarkan aktviti agihan buku lebih dan kurang. Juga diucapkan terima kasih kepada semua penyelaras SPBT arus perdana sekolah rendah daerah Dungun yang hadir dalam proses agihan tersebut.

Semoga urusan pengagihan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Terima kasih.






Monday 24 June 2024

Taklimat Program Transformasi Daerah: Taklimat Pengurusan DTP Tahun 2024

Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera

Tanggal 24.6.2024 berlangsung satu taklimat penting yang melibatkan DTP kepada Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Bimbingan dan Kaunseling serta Penyelaras Sekolah-sekolah DTP Daerah Dungun bagi tahun 2024 pada jam 2.30 - 4.30 ptg bertempat di Bilik Mesyuarat Bidara.

Berikut adalah senarai sekolah-sekolah yang terlibat dengan DTP pada tahun 2024 iaitu :

1. SMK Seri Rasau

2. SMK Dato' Engku Bijaya Sura

3. SMK Seri Dungun

4. SMK Kuala Jengal

5. SMK Pulau Serai

6. SMK Padang Pulut

7. SMK Jerangau

8. SMK Balai Besar

9. SMK Bukit Besi

Semoga dengan perkongsian oleh Sektor Perancangan dapat melancarkan lagi tugasan pelaksana DTP di sekolah-sekolah.

Terima kasih kepada yang hadir






#773